(BM Sunday Faith Formation)

Sejarah penubuhan

Sekolah minggu bermula-1981 (kedua tahun selepas Misa BM dimulakan di Katedral)

Pengasas: Sr.Genevie, Peter Suking, Meilin Suking, serta beberapa orang pembimbing.

Bertempat : Bangunan lama Sek.rendah St.Francis Convent (Kini sudah dirobohkan dan dijadikan tempat letak kereta sementara).

Jumlah murid waktu itu hanya beberapa puluh orang,dan belum ada silebus dan panduan tetap dari pihak dioses.
Buku yang digunakan bagi calon komuni pertama adalah –IKUTILAH AKU. Dan disambung ke buku Syahadat Para Rasul untuk calon Penguatan.

Sekolah Minggu berkembang dan kini mempunyai anggota pembimbing sebanyak 40 orang,dan jumlah anak didik lebih kurang 400 orang. Kini anak didik (Komuni pertama)menjalankan pertemuan di Sek.Rendah Sacred Heart,manakala anak didik Penguatan ditempatkan dalam dewan paroki.

Semua bahan rujukan dan pembelajaran adalah menurut Silabus dari Komisi Katekatekal Dioses.

Kelayakan menerima Sakramen :

    1. Genap umur 12 tahun dan keatas bagi calon Komuni
      pertama.
    2. Genap umur 16 tahun dan keatas bagi calon Penguatan.
  1. Kehadiran dalam kelas yang memuaskan.
  2. Lulus ujian lisan dan bertulis.
  3. Mengikuti semua aktiviti yang ditetapkan.
  4. Melepasi temu-duga oleh Paderi.

Sakramen Komuni pertama diadakan dalam bulan Oktober setiap tahun,Bagi Sakramen Penguatan pula diadakan pada bulan Mei .

Pelayan bertanggung jawap :

  • Peter Suking (Penyelaras Penguatan); Email.
  • Mailin R. (Penyelaras Komuni); Email.

Tujuan/Aktiviti

  • Membimbing anak didik 7-12 tahun untuk persiapan menerima komuni pertama.
  • Membimbing anak didik 12-16 tahun untuk persiapan menerima sakramen penguatan.

Aktiviti tetap

  • Berkumpulan setiap hari ahad jam 9 pagi hingga 10.15 pagi dalam sesi pembentukan Iman. Bagi sesi persiapan menerima komuni pertama diadakan di SK Sacred Heart, manakala sesi persiapan Penguatan bertempat didewan pusat paroki.
  • Retreat/Rekoleksi tahunan / Hari keluarga / Seminar/Lawatan amal/Rosari rumah kerumah sesama pembimbing/Pertemuan Ibubapa anak didik.
  • Menyertai ‘Holy Hour’ sebelum pertemuan mingguan pembimbing pada setiap hari Selasa.

Anak katolik yang berumur 7 tahun dialu-alukan menyertai kelas pra-komuni pertama. Manakala remaja 12 tahun digalakan mengikuti kelas pra-penguatan pada setiap hari ahad bertempat dipusat paroki.