kdbm-logo

Sejarah singkat Kelompok Doa Bahasa Malaysia Katedral Hati Kudus

1984 KDBM

  • Dimulakan oleh Belia BM yang dipengerusikan oleh Katekis Peter Suking, Sdr. Joannes Sanan Tangau, Sdr.Anthony Adur, Puan Mailin Suking, dengan sokongan para belia berbahasa Malaysia
  • Sebelum itu, Peter Suking dan team dari SHC telah mengikuti beberapa siri Seminar Hidup Baru Dalam Roh yang dianjurkan di sekitar Daerah Penampang. Team CCR SHC ini juga mengikuti aktiviti Kelompok Doa yang diadakan di St.Maichel Penampang dan St.Cathren Inanam untuk mendapat pengetahuan dan pengalaman perjalanan kelompok doa.
  • Akhirnya pada tahun yang sama, pertemuan aktiviti Kelompok Doa BM mula diadakan pada setiap malam Jumaat di bahagian bawah Bangunan SHC (bangunan lama)
  • Kehadiran umat berkelompok doa dalam purata 100 orang.

1980’an

  • Sepanjang era tahun 1980’an ini, Katekis Peter Suking, Sdr. Joannes Sanan Tangau saling berganti menjadi Kordinator KDBM.
  • Dengan Team CCR yang terdiri daripada Moris Awit, John Tham, Petrus Onoi, Peter Suking Salvister Benjamin, Filex Kain, Sdr. Joannes Sanan Tangau, Sdr.Anthony Adur, Puan Mailin Suking CCR SHC telah menganjurkan Seminar Hidup Baru Dalam Roh

1990’an

  • Sdr.Rupert Gunsaga dipilih menjadi Kordinator KDBM dan dibantu oleh Sdr.Martin Alfred, Sdr.Emanuel, bersama dengan team senior dan junior meneruskan aktiviti Kelompok Doa pada setiap malam jumaat dan mengadakan Seminar Hidup Baru Dalam Roh pada setiap tahun. Selain itu, pelayanan doa keluarga dan pelayanan doa penumpangan tangan turut diadakan di rumah umat mahupun di hospital.

2000’an

  • Sdr.George Erus telah dipilih menjadi kordinator KDBM SHC sehingga sekarang. Pelayanan Kelompok Doa diteruskan di bangunan baru Pusat Paroki SHC.
  • Selain mengadakan LLS pada setiap tahun, KDBM juga mengadakan pelayanan doa keluarga di rumah dan hospital.
  • KDBM juga membuat pelayanan luar dengan membantu dalam penganjuran Seminar Hidup Baru di paroki lain seperti Tuaran, Telupid, Tenom, Kota Belud, dan sebagainya.
  • Hari Keluarga KDBM diadakan di pantai Tanjung Aru dengan pelbagai aktiviti sosial bertujuan untuk mengertakan lagi silaturahim.
  • Retret KDBM turut diadakan seperti ke Pusat Pertapaan Karmel di Kaingaran Tambunan atau menjemput fasilitator luar yang bertujuan untuk membuat refleksi diri dan pelayanan, disamping dapat bersharing pengalaman dan pengetahuan bagi pelayanan yang lebih komited.

Tujuan (Matlamat) KDBM SHC

  • Membantu rektor/padri membangunkan iman umat di sekitar SHC yang pada masa itu masih kuat berpegang pada kuasa-kuasa bomoh dan jampi mentera
  • Menganjurkan Seminar Hidup Baru Dalam Roh di SHC untuk memberi pengalaman baru kepada umat dalam melayani sesama di dalam Gereja
  • Terlibat dalam menjalankan lawatan karoling di Paroki SHC

Aktiviti Semasa:
Tempat aktiviti: Bilik F12, Pusat Paroki SHC.
Hari / masa: Jumaat malam, 7:30 – 10:00 malam
Aktiviti: Berdoa bersama, perkongsian peribadi, perkongsian Firman, Doa Penumpangan Tangan
orang sakit, KKS- Kitab suci.

kdbm-family-day

Aktiviti Hari Keluarga